Read Rindu Belum Berhenti by Dhiya Zafira Online

rindu-belum-berhenti

DIA ada segala-galanya, sehinggalah satu hari semuanya berubah. Jenayah yang terancang menyebabkan tiba-tiba dia menjadi pelarian. Dia keseorangan sehingga lelaki bermata sedih itu datang. Tanpa sedar, dia meletakkan seluruh kehidupan di tangan lelaki itu. Lelaki yang diketahui amat berbahaya, namun Adni yakin lelaki itulah penyelamatnya. Zack, lelaki berdosa yang mahu menDIA ada segala-galanya, sehinggalah satu hari semuanya berubah. Jenayah yang terancang menyebabkan tiba-tiba dia menjadi pelarian. Dia keseorangan sehingga lelaki bermata sedih itu datang. Tanpa sedar, dia meletakkan seluruh kehidupan di tangan lelaki itu. Lelaki yang diketahui amat berbahaya, namun Adni yakin lelaki itulah penyelamatnya. Zack, lelaki berdosa yang mahu meninggalkan kisah silamnya yang gelap. Bersama Adni mereka menjadi pelarian. Antara memburu dan diburu, mereka perlu menyelamatkan diri untuk meneruskan kehidupan. Demi Adni, dia rela andai maut yang menjemputnya pulang.Jenayah terhadap Adni, jenayah yang terancang. Penuh momen yang menggetarkan jiwa. Senjata yang dicipta manusia, apakah tujuan di sebaliknya? Menjadi perisai menyelamatkan diri atau mengurangkan jumlah manusia di muka bumi? Antara Zack dan Adni, laluan ke syurga bermula dengan maraknya api neraka. Bila hati manusia diselubungi dengan dendam, berpaksikan kesumat, mampukah cinta menghapuskan semua kekeliruan yang datang? Dapatkah Adni menemui cintanya seSmula? Adni - Kudamba Bahagia bersamamu. Selagi Rindu Belum Berhenti, aku akan tetap menantimu. Aku akan tetap menanti kerana Kau Tercipta Untukku....

Title : Rindu Belum Berhenti
Author :
Rating :
ISBN : 9789831243602
Format Type : Audio Book
Number of Pages : 479 Pages
Status : Available For Download
Last checked : 21 Minutes ago!

Rindu Belum Berhenti Reviews

  • Don ツ
    2018-10-23 16:42

    Sedih weh. Buku kena air Milo. Sebab letak dalam box motor setahun menangisi tragedi~~ Hari ini aku cari buku lain. Ada sesapa mau buku Milo ini. Silakan PM.~~Kisah Dhiya selalu ada misteri. Must have.

  • Gobokairina
    2018-10-21 16:42

    RBB kisah romantis yang disuntik elemen action. Mengisahkan [email protected] Karami [Izz]; seorang penjenayah yang sudah insaf dan kembali ke pangkal jalan. Kesilapan lalunya tak perlu diceritakan, memang banyak… tak terkira kejahatannya. Tetapi Izz menyesali kerja-kerjanya dulu dan mula keluar daripada dunia kotornya.Sayangnya dalam dia mencari dirinya kembali, dia dikejutkan dengan berita yang menggemparkan. Seorang gadis yang pernah singgah di hatinya kini menjadi buruan bekas kumpulannya. Disebabkan gadis itu dia kembali menentang. Cuba menyelamatkan gadis muda yang dipujanya dalam diam. Adni Zuhayra [Adni] adalah sang adik, bekas jirannya dulu. Ketika Izz masih menuntut di universiti, Adni baru mencecah 15 tahun.Cinta tak mengenal usia. Tepat sekali ungkapan itu dalam kisah Izz-Adni. Adni yang masih budak sekolah itu jatuh cinta pada Izz tetapi Izz menolaknya. Dia tidak yakin yang dia sebenarnya juga sudah menyayangi Adni lebih daripada adiknya sendiri. Kisah mereka tamat ketika Izz melangkah pergi ke luar negara. 'Kematian' Izz menyebabkan Adni hilang punca. Dan waktu itulah Khairy Hashimi [Khairy], adik Izz menjadi tulang belakang Adni.Kini bila dia bertemu Adni, pastinya cerita lama disingkap kembali. Kisah kematian palsunya, kisah jenayah hitamnya… semuanya menjadi satu. Hidup Adni yang pada mulanya tenang kian berkocak. Nyaris dibunuh tetapi diselamatkan oleh jejaka berjaket serba hitam membuatkan dunianya tunggang terbalik. Siapa sangka jejaka yang menyelamatkannya itu adalah Izz Karami; lelaki pertama yang dicintainya. Luka lama berdarah kembali tetapi dalam pada masa yang sama hatinya kini berwarna-warni. Cinta yang disangka sudah pergi rupanya masih wujud dalam hati.Menjadi pelarian bukanlah mudah. Apatah lagi mereka bukan saja diburu oleh penjenayah tetapi juga pihak polis. Izz sehabis daya melindungi dengan bantuan Tony; teman sepenjenayah [ada ke frasa ni? :P] lama. Tetapi apa yang lebih mengejutkan apabila mereka yang kita sayang, rupanya dalang kepada semua ini. Bila manusia diselebungi dendam kesumat, tak mustahil lagaknya tak ubah seperti binatang. Apa kisah pelarian ini? Dan apa pula kesudahan cinta Adni pada Izz, akan bersambutkah hulurannya kali ini? Ha, kenalah baca ok!Novel kedua tulisan Kak Dhiya ini adalah cubaan pertamanya dalam genre thriller-romantic. Percubaan yang harus diberi pujian kerana ianya menjadi walaupun tidak perfect tetapi tak dapat dielakkan ia memang mendebarkan! Kredit pada penulisnya kerana berani meletakkan sisi hitam dalam watak sang heronya :DCuma aku tak berapa suka dengan scene Adni yang sewenangnya mengikuti langkah Izz. Maksud aku ketika dia dengan beraninya mendiami rumah Izz dalam prosesnya cuba memujuk Izz. Adni aku kira gadis yang santun, jadinya perbuatannya itu kelihatan kurang manis :PNilai seseorang itu sesuai dengan kadar tekadnya. Ketulusannya sesuai dengan kadar kemanusiaannya. Keberaniannya sesuai dengan kadar penolakannya terhadap perbuatan jahat dan kesucian hati nuraninya sesuai dengan kepekaannya terhadap kehormatan diri [page 454]Ps: Tinggal satu lagi karya yang belum dibeli. Eh, akan masuk dua la sebab NBF bakal diterbitkan :D Congratulation sis!

  • Fadzli Jamaludin
    2018-10-21 15:02

    Untuk permulaan pertama penulis menulis genre Romantik thriller, pada pandanganku agak mengecewakan, memandangkan unsur-unsur cinta di dalam ni agak keterlaluan berbanding dengan aksi yang di tonjolkan. Mungkin di sebabkan untuk menarik minat pembaca cintan cintun sebelum ini...Elemen aksi selesai sebelum Bab ke 50 bila mana tertangkapnya penjenayah yang cuba membunuh Adni, jadi bayangkan 13 bab terakhir pembaca akan di momokkan dengan kisah cinta Adni & Izz sahaja...marah, merajuk, pujuk & seterusnya...13 bab terakhir ni, aku cepat2 habiskan pembacaan...hanya cari point2 penting shj...Jalan cerita memang memuaskan, ada elemen surprise tatkala Khairy mendedahkan siapa Izz Karimi & siapa rakan yang bersubahat..cuma penulis terlalu memperincikan mengenai sesuatu keadaan atau emosi watak sehingga 3,4 perenggan...di mana ianya sedikit bosan & merencatkan proses pembacaan ku....3 bab sahaja untuk menceritakan zaman kanak Izz & Adni...fuhhhh& sesetengah watak sampingan di lupakan terus dalam penceritaan..rujuk bab 33, watak Chua tak di beritahu apa yang terjadi padanya...sehinggalah bab 44, penulis menyatakan semua ahli kumpulan telah pun mati kecuali Pot, Izz & Tony...begitu juga dengan watak tony, tatkala Adni & Izz melarikan diri ke rumah Murni, aku tertanya2 apa sudah jadi pada Tony...Tony tak ikut sama ke??? sedangkan Tony pun merupakan ahli Blackhawk juga...Tajuk novel ini,Rindu Belum Berhenti memang sangat tepat...Adni x putus2 mengharapkan balasan cinta/rindu daripada Izz...pada yang meminati genre romantik, mungkin novel ni menepati citarsa kalian..

  • Norhani Zaini
    2018-11-13 14:56

    Permulaan cerita agak menarik bila ada rasa 'suspend'. Tak sabar nak baca bab seterusnya. Tertanya-tanya siapakah dalang sebenarnya. Mula-mula ingatkan Khairy dalangnya. Rupanya bukan. Bila diorang sembunyikan diri kat rumah tu, terus terfikir Murni. Kes selesai juga walaupun agak huru-hara. Pelik juga bila Pot boleh terlepas walaupun polis telah memberkasnya. Hmm....Ingatkan bila dah selesai kes dan perbicaraan semua ni habislah rupanya tebal lagi muka surat...huhu. Kisah main tarik tali Adni dan Izz pula. Meleret rasanya. Kerana cinta Adni sanggup duduk serumah dengan Izz walaupun tak buat apa-apa tapi tak manislah. Dasyat sungguh penangan cinta ni. Yang Izz ni pun satu! Stress! penat baca kisah cinta diorang ni...huhu. 3.5*

  • Que Razali
    2018-10-19 09:59

    Novel yg juga baru ditamatkan bacaan hari ini. Novel ini nukilan kedua Dhiya Zafira. Memang tidak sehebat novel JKP,HBR,SDN kerana ini percubaan keduanya yang boleh dianggap sebagai penulis baru tika itu. Apa2 pun kisah ini ada uniknya tersendiri seperti biasanya.