Read tombiruo by Ramlee Awang Murshid Online

tombiruo

Satu kecelakaan di hutan Keningau, Sabah rupa-rupanya ada kaitan dengan kes pembunuhan di Chow Kit, Kuala Lumpur Tiga kali surat wasiat itu dipinda. Empat nama telah disenaraikan. Nama kelima telah disingkirkan. Dua belas pembunuhan kemudian telah dilakukan. Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana nafsu, wang, kuasa dan dendam! Dan setelah 30 tahun, mereka dipertemukan unSatu kecelakaan di hutan Keningau, Sabah rupa-rupanya ada kaitan dengan kes pembunuhan di Chow Kit, Kuala Lumpur Tiga kali surat wasiat itu dipinda. Empat nama telah disenaraikan. Nama kelima telah disingkirkan. Dua belas pembunuhan kemudian telah dilakukan. Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana nafsu, wang, kuasa dan dendam! Dan setelah 30 tahun, mereka dipertemukan untuk mengatur semula episod hidup yang penuh ngeri....

Title : tombiruo
Author :
Rating :
ISBN : 2229016
Format Type : Paperback
Number of Pages : 517 Pages
Status : Available For Download
Last checked : 21 Minutes ago!

tombiruo Reviews

  • Sharulnizam Mohamed Yusof
    2019-05-09 06:08

    Akhirnya, dapat juga mula membaca buku RAM ini. Beli tahun 2015, tahun 2017 sudah ada filemnya. Lambat betul!Kisah misteri penunggu hutan, digabungkan dengan cerita penyiasatan. Gabungan yang mantap. Memikirkan buku ini diterbitkan pada tahun 1998, saya kira RAM sangat teliti dalam penceritaannya. Ya, pada zaman internet yang masih suam-suam kuku, maklumat yang ada dalam buku ini tentulah diperoleh dengan cara yang agak mencabar.Kisahnya juga agak baik. Elemen-elemen drama itu ada. Kisah cinta. Kisah dendam. Kisah harta. Cuma pengakhiran Omar rasa saya agak cepat, dan pendedahan kejahatan Omar semasa majlis makan malam sedikit janggal rasanya. Lain-lain, baik sahaja. Kita langkau dahulu buku kedua. Tak mahu keseronokan cepat berakhir. Heheheh!

  • Hairie R
    2019-05-07 08:53

    Lepas dapat tahu novel ini akan diadaptasi ke filem. Terus aku ke perpustakaan mencarinya. Baru habis baca semalam.Ternyata Tombiruo sebuah karya yang hebat dari Ramlee Awang Murshid. Watak Amiruddin dan Wan Suraya memberi refleksi yang amat kuat terhadap cerita ini.Dan perkataan Tombiruo yang bermaksud roh atau hantu sesuai dengan cerita ini yang penuh dengan misteri. Makin semangat teruskan bacaan bila ada babak-babak thrill.Bila selesai dengan Tombiruo. Aku risau jika novel ini jadi filem kelak. Sebab bila jadi filem, kemungkinan besar untuk fail tu tinggi. Apapun aku harap filem Tombiruo nanti lebih baik berbanding filem-filem malaysia lain yang bagaikan bermasturbasi saja.

  • azian2575
    2019-05-26 03:56

    Wan Suraya & Amiruddinsuka pada 'rasa' yang hadir bila Ejim pandang Wan Suraya"Amiruddin: Guminavo zou diau.." ewwww ;)

  • Salwa
    2019-05-17 07:48

    4*Karya RAM jarang menghampakan saya. Cuma untuk Tombiruo saya rasa ada sesuatu yang tak klik dengan saya. Saya sepertinya xboleh ngam dengan watak Wan Suraya. Sebab 2 kurang 1*. Saya suka Ejim. Saya simpati sgt dgn Ejim. Hidup sebatang kara, ditambah dengan wajah yg xseperti manusia. 😢😢Endingnya? Memang tergantung. Beruntunglah sebab buku nie diterbitkan tahun 1998,jadi sequelnya memang dah ada. Tak seperti Anding Ayangan. Saya xtau berapa lagi kena tunggu untuk buku kedua. 😅

  • Lea Azleeya
    2019-04-26 03:02

    Novel Tombiruo ni mempunyi jalan cerita yang sangat menarik.. Tak hairan la ramai yang fanatik dengan penulisan Ramlee Awang Murshid.. Cerita lain dari yang lain.. Selain suspen, seram, terselit juga kisah cinta dan kekeluargaan.. Eceli, buku ni lebih kepada penyiasatan.. Memang best.. Tak rugi baca,...Must read!!

  • Hilmi Isa
    2019-05-02 04:48

    Peristiwa-peristiwa pembunuhan yang berlaku di Semenanjung Malaysia dan Sabah (yang melibatkan Tuan Berham dan Salina),rupa-rupanya berkaitan. Ianya dirancang dan dilaksanakan oleh orang yang sama. Seorang yang sadis dan tidak mengenal erti belas kasihan! Kedatangan Wan Suraya,seorang wartawan akhbar Bacaria, ke Sabah pada asalnya hanya untuk membuat liputan mengenai sukan air yang berlangsung di sana. Namun,peristiwa pembunuhan yang melibatkan Ricky Leung dan teman wanitanya,Nancy,telah membuatkan Wan Suraya tertarik untuk menyiasat kejadian tersebut. Cara pembunuhan yang dilakukan adalah sama seperti pembunuhan ke atas dua wanita di Kuala Lumpur (KL). Selepas kematian Salina,Amiruddin berubah menjadi seorang yang pendiam,suka memendam perasaan dan panas baran. Dia nekad untuk menyiasat punca sebenar kematian Salina dan Tuan Berham,ayah mertuanya. Di dalam usahanya itu,dia juga mengetahui sebuah rahsia mengenai dirinya dan Ejim,seorang lelaki yang memiliki wajah bukan manusia yang tinggal di hutan sebatang kara. Dia juga dikenali sebagai Tombiruo,penunggu hutan di Keningau,Sabah. Apakah rahsia tersebut? Siapakah pembunuh kejam tersebut? Jangan lupa untuk mendapatkan buku ini di pasaran untuk mengetahui jawapannya!Novel Tombiruo ini mencatatkan beberapa sejarah yang tersendiri. Novel ini merupakan novel tulisan Ramlee Awang Murshid (RAM) pertama yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan Alaf 21. Ia juga novel pertama,selain Bagaikan Puteri yang mempunyai sekuelnya yang tersendiri. Novel ini juga merupakan antara novel terawal yang dihasilkan oleh beliau. Secara peribadi,saya mula menjadi peminat selepas membeli dan membaca novel 9 Nyawa. Oleh itu,saya mengenali beliau melalui karyanya yang lebih baru berbanding dengan Tombiruo ini. Jelas,sekurang-kurangnya pada pendapat saya,terdapat beberapa perbezaan antara gaya penulisan RAM dulu dan sekarang. Konsep novel ini menarik sebenarnya. Namun,saya dapati beberapa kelemahan atau kekurangan yang wujud di dalamnya. Sebagai contoh,plot dan jalan cerita yang tidak begitu berkembang dan teliti. Terdapat kekosongan atau 'loop holes' yang boleh diisi. Sebagai contoh,apakah kaitan antara watak Afandi Black dan Omar? Apakah hubungan antara mereka berdua? Kenapa Afandi menjadi 'pak sanggup',dengan mengakui melakukan pembunuhan ke atas gadis-gadis di KL? Selain itu,saya juga beranggapan pembinaan hubungan antara watak Amiruddin dan Wan Suraya boleh dikembangkan lagi dengan teliti. Dialog antara watak-watak juga kelihatan agak kurang 'matang'.Walaupun demikian,saya tidak mengatakan bahawa novel ini merupakan sebuah novel yang teruk. Malah,sebenarnya,saya menyukai novel ini. Konsep dan jalan ceritanya tetap menarik dan unik. Malah,jika saya tidak silap,novel ini berjaya mencetuskan revolusi baru di dalam industri perbukuan negara kita. Buat pertama kalinya,genre saspens-thriller mendapat perhatian peminat-peminat buku. Bermula dengan novel ini juga,semakin ramai orang yang mengenali dan meminati karya-karya RAM.

  • Zahirah
    2019-05-13 07:02

    kali pertama cuba novel penulis ini. utk novel yg dianggap genre thriller plotnya agak meleret. byk distraction. boleh dikatakan ini tiga cerita dalam satu dgn kisah pembalakan haram, pembunuh bersiri, jejak kasih dan kisah cinta. nampaknya ada 4 cerita. gaya penulisan pun macam flat je. penulis perlu cari perkataan lain utk menggambarkan tubuh wanita selain drpd mungil. terlalu byk penggunaan simile. gambarab aksi yg terlalu detail. contohnya masa dalam kereta. tiga kali dia sebut Ondu berpaling sekejap dan memandang ke depan semula. aduh... tak payah la detail sgt. patut la buku sampai 500 ms. besar kemungkinan takkan baca ramlee awang murshid lagi.

  • Syuhadah
    2019-05-03 10:11

    best! best! n best! tak ingat saya da baca berapakali tapi bk ni membuka mata saya kepada karya dLm bahasa meLayu. dimensi baru...dLm masa y sama penulis tdk meninggalKan mesej2 Islam.

  • Rohayati Fareed
    2019-05-13 03:06

    sy ade buku ni..nak jual rm25inc pos flexi sem..berminat boleh mesej

  • Mohd Hafizuddin Mohamad Ghazali
    2019-05-05 08:50

    Tombiruo: Penunggu Rimba. Tombiruo nama samaran bagi Ejim yang diberikan oleh penduduk Keningau. Apa yang dibaca & apa yang tonton sebelum ini totally different. Novel lebih baik dari filem. Ejim dilahirkan kembar bersama Amiruddin. Namun dibesarkan diberlainan tempat. EJim di hutan & Amiruddin di rumah anak yatim.Tidak banyak cerita tentang TOmbiruo, lebih banyak pasal pembalakan haram oleh Uncle Wong. 1 per 1 kes berjaya diselesaikan dengan bantuan Tombiruo. Tapi tidak disangka ada gunting dalam lipatan dalam keluargan Encik Berham iaitu Omar. Dai sendiri menjadi dalang disebalik pembalakkan haram, kematian Salina & Berham serta kes dadah di hutan.Omar dipenggal oleh Ejim, lalu dikuburkan di sebelah kubur Pandalou. Wan Suraya yang turut menyiasat kes tersebut mula jatuh cinta dengan Amiruddin. Masihkan cinta itu terus berputik? Sambungannya di Semangat Hutan.Plot okay, cerita okay, watak okay. Ada memasukkan bahasan Kadazan-Dusun walaupun berbelit nak sebut.

  • Hana Jimi
    2019-05-05 03:02

    suka gila.................... ini buku pertama y perkenalkan saya pada RAM. dari meminjam library trus membeli ketiga2 novel kemudiannya. tp ni buku pilihan saya berbanding Semangat Hutan dan Tombiruo terakhir.

  • Shahrill Ramli
    2019-05-22 04:44

    This is my 1st attempt and 1st RAM's book after hearing rave reviews from my colleagues. They said RAM's books are not the cliche, romantic "nauseated" typical novels, and I truly agree with that. RAM is definitely a writer who writes with knowledge. He infuses romantic subplots and embroidered that with Islamic elements and a few knots and notches of Scientific facts, delivered in casual ways but definitely reflect his charismatic style.The essence of the book was the 'thriller' plot, a serial sadistic rapist rampaging at KL and Keningau, Sabah. I like the female protagonist's character, Wan Suraya who is a feisty and go-getter reporter but I was frustrated that the character Tombiruo, the guardian of the jungle dubbed as the phantom by the local with his "inhuman face" was simply illustrated as Wan Suraya's saviour. RAM was focusing more on Wan Suraya-Amiruddin's chemistry which I don't think is necessary. In my opinion, RAM could have developed some chemistry between Tombiruo and Wan Suraya, instead. It would be more melodramatic.For me, RAM is not as good as HAMKA's "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck" but he is sure one of good writer and his strength is in creating suspense, although I was quite disheartened by the pale ending. In short, RAM's writing differs him from other Malaysian writers. Kudos!

  • Muhammad Fitri
    2019-05-24 05:43

    Secara keseluruhannya lebih seronok membaca novel ini berbanding menonton filemnya.Antara mengagumkan saya adalah latar tempatnya di tanah borneo.Memerlukan pengalaman sebenar berada di tanah itu.Seperti Kepercayaan dan budaya orang sabah.Tema kemanusiaannya dan cinta alam juga bagi saya berjaya disampaikan dengan baik.Cuma tidak berkenan pada babak pencintaan yang agak klise (walaupun babak itu minima dalam novel ini).

  • Nur Ismalina
    2019-05-03 05:53

    Memang best. Terbaik!

  • Kayblack
    2019-05-13 08:13

    terbaik...awesome...i like this book

  • Zulaika Farhani
    2019-05-15 04:43

    best thriller!

  • Kataklicik
    2019-05-22 09:54

    Some holes in the plot, but brilliant storytelling.

  • Tsuki Shiro
    2019-05-10 08:05

    Buku pertama RAM yang aku baca. Hmm 3 bintang. Terlampau tinggi expectation tak bagus jugak.

  • Amutha
    2019-05-01 04:56

    Need to read the third in the series now...

  • Pijah89
    2019-05-06 08:50

    great

  • Shafiq Ashraff
    2019-05-23 03:02

    nice

  • Dian Rafinaz
    2019-04-25 03:04

    Waste my time

  • ZKhal07
    2019-05-17 08:11

    This book is awesome

  • Rahman
    2019-05-21 10:44

    Sangat suka,,,mmg masterpiece

  • Anas Abdul Jabar
    2019-05-25 06:50

    Ada sebahagian yang tak meyakinkan. Watak Wan Suraya macam wartawan amatur. Boleh terbitkan berita yang belum tentu kebenarannya tanpa diperiksa tuan editor? biar betul? Banyak sangat mengimbau kenangan, hampir semua karakter ada 'flashback'..Hanya 'flashback' Ejim saja yg menarik sbb saya nk tahu lebih tentang asal usul dia. Saya tak kisah tentang bibit cinta Amiruddin dan Salina, Baizura dan Salleh, lagi lah Wan Suraya. Tapi, saya baru baca 132 muka surat. Mungkin jaln cerita akan bertambah menarik.

  • TemBook
    2019-05-26 08:44

    Karya-karya Ramlee Awang Mursyid memang menjadi pilihan sejak mula diperkenalkan dengan epik Laksamana Sunan. Kali ini saya membaca semula Trilogi Tombiruo iaitu bermula dengan "Penunggu Rimba" Tombiruo yang mengisahkan tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku di hutan tebal daerah pendalaman Sabah. Peristiwa tersebut kesemuanya ada kaitan dengan keluarga Tuan Braham. Satu demi satu malapetaka berlaku membabitkan keluarga keluarga Tuan Braham dan kesudahannya mengejutkan ahli keluarga ternama itu sendiri. Kedatangan Wan Suraya lah yang sedikit sebanyak membantu keluarga tersebut dalam merungkai setiap peristiwa yang berlaku. Kehadiran watak ejim sebagai penunggu rimba di hutan tebal itu juga menjadikan novel fiksyen ini menarik untuk dijadikan sebagai bacaan santai kepada masyarakat. Jika disingkap dari segi gaya penulisannya pula, penulis bijak mencorakkan jalan cerita kerana ada ketikanya pembaca mungkin tersalah andaian dalam mencari siapakah dalang disebalik peristiwa yang berlaku di hutan tebal daerah pendalaman itu. Saya pasti peminat novel-novel thriller semestinya sudah membaca karya agung Ramlee Awang Mursyid ini. Kepada sesiapa yang masih belum membaca karya novelis yang mendapat jolokkan J.K Rowling Malaysia , maka jadikanlah trilogi Tombiruo sebagai bahan bacaan yang pertama.-NAZ-

  • Noral
    2019-05-04 06:04

    ada kelainan yang membuat kita ingin tahu akhirnya. mungkin juga dipengaruhi gembar gembur media novel ini akan difilemkan.semas membaca, saya tertanya tanya apakah penulis ini ada pengalaman menghampiri persekitaran cerita ini... dunia kewartawanan, pembalakan. apakah dia suka mengkaji mitos atau sejarah kawasan? hebat juga.apakah nanti pengarah produser malaysia akan buat begitu juga atau buat filem tanpa kajian... jika begitu.. filemnya pasti membosankan seperti kebanyakan drama tv melayu kini yang memualkan.

  • Bil Halim
    2019-05-25 02:49

    aku takpernah terlepas sebenarnya buku dari RAM.cuma yang bersiri jenia bersambung yermasuklah yang ada puteri2 tu aku takbaca.Jadi bila dgr tombiruo nak dibawa ke layar filem,baru kelam kabut aku baca.RAM takpenah menghampakan.Ram penulis yang bijak bermain muslihat dan selalu selitkan elemen ketuhanan dalam tulisan.RAm juga adalah seorang penulis yg tidak sekadar menonong membuat cerita,di balik cerita ada info,ada pengajaran ada emosi yang disingkap.yang sedihnya aku g amek tau sapa bakal bawa watak masing masing jadi imajinasi aku dah dicuri awal awal.cisssss!tapi aku ada kemusykilan1.aku mencari sampai akhir apa makna afandi black berkenaan wan suraya mencintai suami orang.ada kah pesan itu yang wan jadikan pendinding sewaktu menolak lamaran encik khalid?2.apa kaitan dgn kes pembunuhan kat kuala lumpur.Dia bongkarkan suspek sahaja tapi apa kaitan atau mgkin sebab urusan dadah?emmmmm

  • Shahrul AhLami
    2019-04-29 10:56

    Hahaha.....akhirnya aku dah tahu siapa tombiruo yang sebenarnya... Tombiruo merupakan manusia biasa yang mempunyai wajah yang luar biasa.... Tombiruo juga merupakan saudara kembar Amirudin... Mereka terpisah sejak dilahirkan...Tombiruo juga bukanlah roh jahat @ semangat hutan seperti mana yang dikatakan oleh orang ramai.

  • HusnaReads
    2019-04-27 06:58

    Detailed review di sini :) >> https://www.youtube.com/watch?v=LijKE...